Kisah cinta pertama, aku rasa kebanyakan korang semua mesti ada cinta pertama. Korang tahu ke ape tu cinta pertama? hah, cinta yang buat pertama kalinya datang dalam hidup korang. Aku tak tahu macam mana korang rasa dan react dengan perasaan tersebut tapi untuk aku, aku mampu ingat dan rasa perasaan tersebut sehingga sekarang.

Yup, aku tak expect akan ada orang baca blog ni, but if you are then let me introduce my self. Aku sekarang dah menjangkau umur lewat 20-an (dah tua? wutever la wey!!!). Masih lagi begelar pelajar, tinggi, agak kurus, hensem skit tapi takder la hensem giler (*erkk, malas angkat bangkul sendiri!)
Cinta pertama aku bermula masa aku berumur 11 tahun (darjah 5 waktu tu). Aku masih ingat saat dan detiknya. Hari tu, aku mengikuti satu kem Sains peringkat daerah di sebuah sekolah. Masa hari pendaftaran, maksudnya hari pertama aku sampai untuk kem tersebut, aku dengan guru iringan dan dua orang lagi kawan sekolah aku perlu mendaftar di kantin sekolah. Selesai aku dan kawan aku mendaftar, kami pun tunggu di bangku kantin sementara ahli ahli kem dari sekolah sekolah lain selesai mendaftar.
Sedang aku enak melayan pemandangan aku melihat bakal kawan kawan baru aku sedang sebuk mendaftar, aku terpandangkan seorang budak perempuan. Dia pakai t-shirt dengan seluar bertali ke bahu, seluar panjang bewarna kream cerah. Rambut berdandan kemas. Look sweet to me. Intan nama dia, secantik orangnya...
Sementelaah aku memerhati telatah dia, tetiba aku terpandangkan seorang lagi budak perempuan di sebelah dia, tak, berhadapan dengan dia, sedang mengemas barang barang didalam begnya, dengan posisi kirinya menghadap ke arah aku.........aku terpaku, terpukau, terpesona, terkedu, terkesima, dan mata aku membuntang hanya melihat dia....serius aku cakap, at that time jantung aku berdegup macam nak pecah...ofkos la kan, umur 11 tahun, waktu tu mana aku tahu apa tu cinta, takat eja dengan sebut tu aku tahu la. Tapi feeling tu memang rasa semacam. Rasa macam dunia tetiba berhenti, dan tinggal aku dengan dia jer. Aku tak tahu berapa lama. Aku sedar bila cikgu aku panggil untuk ambil barang di belakang kantin, dan tanpa sebarang perasaan aku pergi dan meninggalkan rasa terpaku dan terpukau aku tadi..weird!
-----
Lepas waktu pendaftaran, selesai minum petang kalau aku tak salah, semua ahli kem di bahagikan mengikut kumpulan. Know what, she is with me!!!! in my group!!! same group!!! wow!!! apa punya kebetulan la...dan masa sesi perkenalan tu la aku kenal dan tahu nama dia. Dia dari sebuah sekolah K dan nama dia A (aaaarrr, aku biarkan nama dia secret yer sebab takot korang search kat facebook).
Cuma malangnya, tak banyak benda yang aku ingat sebab it was too long. dah 16 tahun kot. Tarikh kem tu kalau tak salah Bulan April, pertengahan April, tahun 1996, aku check kemudian. Yang aku ingat masa aku berkongsi teropong dengan dia masa aktiviti jungle tracking, kami berebut rebut kamera sebab nak tengok pemandangan dari air terjun. Lagi, masa kami tengok dan kira bintang. Masa darjah lima kita ada belajar Sains kan? pasal Bumi dan Angkasa dan waktu tu aku dengan dia berkongsi lampu suluh Dolphin warna kuning. Dan aku masih ingat lagi kegigihan dia menghias taman dalam botol masa aktiviti rekaan hari terkahir kem.
Serius, masa tu aku serius tak faham lansung dengan rasa dan perasaan aku. Am I fall into LOVE?? what the heck man, umur baligh pun belum, how could i say that is my love. But, bila aku ingat balik perasaan tu waktu sekarang ni, then i know that it is my first love.
Kem Sains tu menjadi pengalaman terbaik aku. Sampai sekarang kalau aku tengok Sijil Kem Sains yang bewarna hijau tu pun aku pasti akan teringatkan dia. Yeahhhh, serius tak tipu sebab dia adalah cinta pertama aku and nak tahu ker berapa lama aku suka dia???
Next Chapter okay
0 comments:
Post a Comment