Mega Movie @tv3

Friday, December 14, 2012

Now, tonton mega movie at tv3, rush hour 3 lakonan Jackie Chan..

Tulis blog bila hati runsing

Inilah aku, bila hati start runsing atas masalah personal, mula la aku tulis blog. Bajet macam blog ni diari. Tak kisahlah kan..

Btw, aku tak pandai tulis blog pasal diri sendiri sebab aku rasa macam poyo and most of the time aku rasa mcm hilang privacy bila tulis hal personal kat sini.

Tapikan, aku nak tulis jugak sebab dengan menulis hal sendiri ia akan mengajarkan aku untuk meluahkan apa yang aku pendam, dan dengan cara itu, ia sedikit sebanyak akan membantu aku dalam penulisan dan pengenbangan idea.

Doakan aku yer.

Aku runsing sekarang sebab aku kehilangan seseorang. Not so spesial tapi every realtionship yg tercipta pada aku sangat beharga.
Then, bila aku kehilangan atau berpisah dengan seseorang, aku mesti runsing...

Runsing ni, tp tak nak cerita nanyak pasal runsing..

Sekian, tq and wassalam

Teknik Penulisan RESUME atau Curriculum Vitae (CV) yang betul

Sunday, April 1, 2012

Puluhan ribu mahasiswa bergraduat setiap tahun dan setiap dari mereka mempunyai pengetahuan, kelebihan, keupayaan dan pengalaman yang tersendiri. Bilangan ini bakal menjadi saingan kepada anda yang baru sahaja bergelar graduan yang bakal mengeksplotori alam pekerjaan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memasuki alam pekerjaan ialah, menyediakan RESUME atau Curriculum Vitae (CV) yang merupakan kertas iklan diri anda. RESUME atau CV adalah kepingan kertas yang menjadikan diri anda beharga, bagaimana anda ingin menjual diri anda hanya dengan titik huruf dan sekeping gambar berukuran passport di atas beberapa helai muka surat kertas bersaiz A4.

Secara teknikal, anda mungkin mengetahui syarat syarat penulisan RESUME atau CV yang bagus, tetapi tahukah anda teknik penyampain, susun atur, isi kandungan, kesesuaian maklumat, saiz tulisan, kepersisan tulisan, ketepatan ejaan dan tatabahasa serta kesistematikkan RESUME atau CV ada sangat memainkan peranan penting. Ianya akan memberi gambaran awal tentang  "bentuk wajah dan personaliti" anda pada bakal majikan.

Untuk itu, adalah sangat penting untuk nada memastikan bahawa RESUME atau CV anda mesti berada dalam bentuk wajah dan personaliti terbaik.

BAGAIMANA?? ini adalah syaratnya:

Asingkan maklumat anda dalam bahagian bahagian tertentu. Kebiasaannya, berikut adalah bahagian penting yang perlu ada dalam RESUME:

Name
IC
Contact Information
Address
Telephone
Email

Personal Particulars
Gender
Age
Date of Birth
Race
Religion
Nationality
Marital Status

Education Background
*Start with highest level

Working Experience
*Start with latest experience

Skills and Capabilities
*You may group into several categories
Organization and Management Skills
*Any activities or tasks that might direct or indirectly develop your management skills (but be relevant)
e.g.: Event management (you have been as floor manager or usher or any related)
Communication Skills
e.g.: Presentation or emcee or public speaking or any related
Technical Skills
e.g.: You have experience on using grinder, special equipment like HPLC or any related
Computer Skills
*mention that you are able to use computer with OS Windows XP, Vista, 7, Mac OS.
*You know how to use Microsoft Office
*Basic knowledge on internet programming
*Or if you have skills on special software
Languages
*State you ability to speak/write in Bahasa Malaysia, English, Mandarin, Tamil or etc

Awards
List down your awards

Scholarships
List down any scholarship you had received

Referees
*At least two referees with complete contact information

Di atas adalah senarai kasar apa yang perlu ada dalam sesuatu RESUME atau CV. Walaubagaimanapun, RESUME atau CV disediakan berdasarkan pekerjaan yang bakal anda minta. Jadikan ia bersesuaian dan menonjol personaliti anda.

Nota:
RESUME dan CV mempunyai perbezaan, biasanya RESUME lebih ringkas dan hanya meletakkan isi penting manakala CV lebih terperinci dan lengkap.

Episod seterusnya, saya akan sediakan contoh CV dan RESUME yang penuh.


Writing Advisor

Hey guys,
Are you looking for writing advisor for your thesis, publication or any scientific articles?

Here i am

  • A PhD student in top Malaysian University
  • A very good writer for thesis and scientific article (proposal, report, abstract and etc)
  • Has wrote and revised numerous articles, thesis for undergraduates and postgraduates, publications, consultancy reports, research reports, and many more.
  • Excellency in writing outline, format, content, table, graphic and figure, references, and etc.
  • Good English for scientific written.


Willing to check your written draft prior to submission, revising and editing your article to meet scientific requirement.

Send me your article NOW for revising at lowest rate ever:
ONLY RM 3.00-5.00 per page depends on errors of your article (Discount RM 1.00 for every 10 pages)
ONLY RM 5.00 for abstract
Additional discount will be given to good draft article.

What are you waiting for, contact me now at:
writingadvisor.lifescience@gmail.com.


Process / Procedure

  1. Email to me your draft article
  2. I will evaluate whether the article required further improvement or not (this is for free). If NO, the price, rate per page will be given.
  3. Make a payment to approve your agreement.
  4. I will check your article using MS Word Track Changes within a given period of time.
  5. I will email back to you the edited and revised article
  6. You check for satisfaction.
  7. Process end and looking forward for next deal.


Kisah First Love

Monday, March 5, 2012

Kisah cinta pertama, aku rasa kebanyakan korang semua mesti ada cinta pertama. Korang tahu ke ape tu cinta pertama? hah, cinta yang buat pertama kalinya datang dalam hidup korang. Aku tak tahu macam mana korang rasa dan react dengan perasaan tersebut tapi untuk aku, aku mampu ingat dan rasa perasaan tersebut sehingga sekarang.


Yup, aku tak expect akan ada orang baca blog ni, but if you are then let me introduce my self. Aku sekarang dah menjangkau umur lewat 20-an (dah tua? wutever la wey!!!). Masih lagi begelar pelajar, tinggi, agak kurus, hensem skit tapi takder la hensem giler (*erkk, malas angkat bangkul sendiri!)


Cinta pertama aku bermula masa aku berumur 11 tahun (darjah 5 waktu tu). Aku masih ingat saat dan detiknya. Hari tu, aku mengikuti satu kem Sains peringkat daerah di sebuah sekolah. Masa hari pendaftaran, maksudnya hari pertama aku sampai untuk kem tersebut, aku dengan guru iringan dan dua orang lagi kawan sekolah aku perlu mendaftar di kantin sekolah. Selesai aku dan kawan aku mendaftar, kami pun tunggu di bangku kantin sementara ahli ahli kem dari sekolah sekolah lain selesai mendaftar.

Sedang aku enak melayan pemandangan aku melihat bakal kawan kawan baru aku sedang sebuk mendaftar, aku terpandangkan seorang budak perempuan. Dia pakai t-shirt dengan seluar bertali ke bahu, seluar panjang bewarna kream cerah. Rambut berdandan kemas. Look sweet to me. Intan nama dia, secantik orangnya...

Sementelaah aku memerhati telatah dia, tetiba aku terpandangkan seorang lagi budak perempuan di sebelah dia, tak, berhadapan dengan dia, sedang mengemas barang barang didalam begnya, dengan posisi kirinya menghadap ke arah aku.........aku terpaku, terpukau, terpesona, terkedu, terkesima, dan mata aku membuntang hanya melihat dia....serius aku cakap, at that time jantung aku berdegup macam nak pecah...ofkos la kan, umur 11 tahun, waktu tu mana aku tahu apa tu cinta, takat eja dengan sebut tu aku tahu la. Tapi feeling tu memang rasa semacam. Rasa macam dunia tetiba berhenti, dan tinggal aku dengan dia jer. Aku tak tahu berapa lama. Aku sedar bila cikgu aku panggil untuk ambil barang di belakang kantin, dan tanpa sebarang perasaan aku pergi dan meninggalkan rasa terpaku dan terpukau aku tadi..weird!

-----

Lepas waktu pendaftaran, selesai minum petang kalau aku tak salah, semua ahli kem di bahagikan mengikut kumpulan. Know what, she is with me!!!! in my group!!! same group!!! wow!!! apa punya kebetulan la...dan masa sesi perkenalan tu la aku kenal dan tahu nama dia. Dia dari sebuah sekolah K dan nama dia A (aaaarrr, aku biarkan nama dia secret yer sebab takot korang search kat facebook).

Cuma malangnya, tak banyak benda yang aku ingat sebab it was too long. dah 16 tahun kot. Tarikh kem tu kalau tak salah Bulan April, pertengahan April, tahun 1996, aku check kemudian. Yang aku ingat masa aku berkongsi teropong dengan dia masa aktiviti jungle tracking, kami berebut rebut kamera sebab nak tengok pemandangan dari air terjun. Lagi, masa kami tengok dan kira bintang. Masa darjah lima kita ada belajar Sains kan? pasal Bumi dan Angkasa dan waktu tu aku dengan dia berkongsi lampu suluh Dolphin warna kuning. Dan aku masih ingat lagi kegigihan dia menghias taman dalam botol masa aktiviti rekaan hari terkahir kem.

Serius, masa tu aku serius tak faham lansung dengan rasa dan perasaan aku. Am I fall into LOVE?? what the heck man, umur baligh pun belum, how could i say that is my love. But, bila aku ingat balik perasaan tu waktu sekarang ni, then i know that it is my first love.

Kem Sains tu menjadi pengalaman terbaik aku. Sampai sekarang kalau aku tengok Sijil Kem Sains yang bewarna hijau tu pun aku pasti akan teringatkan dia. Yeahhhh, serius tak tipu sebab dia adalah cinta pertama aku and nak tahu ker berapa lama aku suka dia???

Next Chapter okay

Pendapatan VS Perbelanjaan, jangan sampai rugi

Sunday, January 22, 2012

Pendapatan sebagai seorang pelajar Master dengan Penyelidikan tidaklah sebanyak mana. Elauns bulanan cuma boleh mencecah RM1,500. Then, untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat ni, aku membuat kerja part time as guru tusyen. Untuk 4 kelas, 6 jam seminggu, purata income sekitar RM400. 

Then, dengan pendapatan sebanyak itu, apa yang kita boleh buat. Korang mesti pening jugak kan nak uruskan kewangan bulanan korang. Bila dapat gaji semua duit habes entah ke mana. Same goes to me.

Dengan pendapatan sekitar RM2000 sebulan aku terpakasa menampung perkara berikut:
  • Kereta RM500
  • Rumah RM250
  • Petrol RM200
  • Belanja RM300
  • Credit card RM300
  • Simpanan RM200
Itu aku tak kira lagi, duit yang aku bagi pada family or tanggung pengajian adik aku di UM yang semuanya memakan RM ratusan ringgit.

Dan ofkos bila pakai kereta, sampai masa nak kena renew roadtax, insurance, nak servis, tukar minyak hitam, tukar tayar dan sebagainya.

Dan untuk orang yang bujang macam aku yang suka enjoy, aku akan banyak habiskan duit aku untuk berjalan, tengok wayang, dan sebagainya.

Then, what should we do untuk menampung keperluan vs kehendak. Apa yang aku buat, aku listkan priority untuk bulan tersebut. Apa yang perlu aku tanggung and sttlekan for that month. Baki perbelanjaan baru aku guna untuk lain lain perkara.

Untuk Feb 2012 punya budget, makkk aiiihhh, tak cukup lagi RM240 secara kasar.....



Blog Hidup Aku-Entri Pengenalan

Assalamualaikum dan hye geng.
Entri pengenalan aku ni. Korang rasa apa yang patut aku tulis?? erkkk...

Nama: Mr xy
Aku akan gelarkan diri aku dengan aku dan korang boleh panggil aku Mr xy. LOL

Kerja: Student dan Guru tusyen
Then aku akan mainly kongsikan kehidupan aku sebagai pelajar dan juga guru tusyen (so far) and hopes korang will get some exp dari aku

Status: Bujang berpunya
Errr, will never expose my super secret personal life here tapi if it is might influence your life, aku akan pertimbangkan

Hobi: Enjoy life
Mostly apa yang aku buat untuk buatkan hidup aku happy yet i believe that your life is much more interesting than me. Perhaps...

Never hopes you guys will stick with my blog, tapikan i will try my best to influence korang agar korang rasa berbaloi bila lepak kat sini and mengenali aku. Yaka??